Monday, 29 July 2013

kenapa sukar mencari jodoh

                     kenapa sukar mencari jodoh?
Jodoh pertemuan urusan tuhan, murnikan niat dan terus berikhtiar kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.


Tajuk hangat yang sering menjadi topik perbualan kalangan remaja ialah soal jodoh. Aspek yang paling popular di antara titik bengik jodoh ialah kenapa sukar mencari jodoh. Di antara faktor utama kesukaran mencari jodoh ialah:

 JODOH BELUM SAMPAI LAGI
 Sejak azali lagi, Allah telah mentakdir kan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita. Kesukaran mencari jodoh selepas puas beruasaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah. Kita hendaklah berbaik sangka dengan sesekali berputus asa untuk terus berusaha.
   Ada pendapat yang mengatakan bahawa"Jodoh di tangan tuhan, tetapi manusia harus beikhtiar mencari dan memilihnya."

   Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi perlu dicari tetapi jangan sampai melanggar syariat.
   Pendapat ini baik namun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
     "Jodoh dia tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilih sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan,"
       Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

No comments:

Post a Comment