Monday, 29 July 2013

WAKTU TERBAIK BERDOA

*Sesudah mengambil wudhuk.
*Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
*Di antara waktu azan dan iqamah.
*Ketika iktidal yang terahir dalam solat.
*Ketika sujud, terutamanya ketika sujud terakhir dalam solat.
*Sesudah solat fardhu lima waktu.
*Di antara 2 khutbah iaitu ketika khatib duduk di mimbar sesudah khutbah pertama.
*Sesudah imam menbaca 'waladh-dhoooolin'.
*Ketika kaum mulimin berkumpul dalam suatu majlis.
*Pada larut malam, terutamanya dipertiga akhir malam.
*Pada waktu sahur, sebelum fajar.
*Setelah membaca atau setelah khatam al-Quran.
*ketika wuquf di arafah, ketika mengerjakan tawaf dan mengerjakan saie.
*Ketika mengunjungi orang sakit.
*Ketika berpuasa dan hampir berbuka.
*Ketika hujan turun amat lebat
*Waktu berpuasa dan  hampir berbuka.
*Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

cara tepat memahami Qada' dan Qadar

   Syed sabiq dalam kitabnya Al-Aqaid al-Islamiayyah menulis, Imam al-khatibi pernah berkata:
   "Ramai orang mengira qada' dan qadar sebagai pemaksaan allah ke atas hamba-nya dan ditetapkan oleh Allah. sebenarnya pandangan seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara. Pengetahuan Allah berkenaan sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

kenapa sukar mencari jodoh

                     kenapa sukar mencari jodoh?
Jodoh pertemuan urusan tuhan, murnikan niat dan terus berikhtiar kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.


Tajuk hangat yang sering menjadi topik perbualan kalangan remaja ialah soal jodoh. Aspek yang paling popular di antara titik bengik jodoh ialah kenapa sukar mencari jodoh. Di antara faktor utama kesukaran mencari jodoh ialah:

 JODOH BELUM SAMPAI LAGI
 Sejak azali lagi, Allah telah mentakdir kan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita. Kesukaran mencari jodoh selepas puas beruasaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah. Kita hendaklah berbaik sangka dengan sesekali berputus asa untuk terus berusaha.
   Ada pendapat yang mengatakan bahawa"Jodoh di tangan tuhan, tetapi manusia harus beikhtiar mencari dan memilihnya."

   Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi perlu dicari tetapi jangan sampai melanggar syariat.
   Pendapat ini baik namun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
     "Jodoh dia tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilih sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan,"
       Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.